Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi

Masjid Saujana KLIA

“Bahagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya dan bahagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya…”

 Hadith Riwayat Muslim

Visi

“Satu Mercu Tanda Islam Terbilang Dari Selangor Memasuki Malaysia”

Misi

“Sebuah Masjid Pintar Yang Semarak Mesra Alam Berpaksikan Ummah, Bercirikan Senibina Tradisi Islam dan Melayu”

Qr Code Masjid Saujana KLIA

Pembinaan & Pembangunan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan
Bank Islam – 12261010015841

“Tidak akan berkurang harta yang kita infaq atau sedekahkan dengan ikhlas kerana Allah, melainkan Allah akan menggantikannya dengan berlipat ganda.”

Masjid Saujana KLIA

Sekapur Sirih

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah Azza Wajalla, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Mohamad SAW, ahli keluarga serta sahabat Baginda.

Selamat datang ke laman sesawang “Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan”. Kehadiran, serta kesudian tuan-tuan dan puan-puan melayari dan menyokong tujuan laman sesawang ini amat dialu-alukan.

Laman sesawang ini diwujudkan bertujuan menyampaikan maklumat hal-ewhal pembinaan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan serta menyediakan landasan bagi memudahcarakan pengumpulan dana bagi pembinaan masjid tersebut.

Mercu Tanda

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan permohonan rasmi pembinaan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan secara kutipan melalui Wakaf Selangor telah disampaikan pada 24 Disember 2020. Kelulusan permohonan dan kebenaran untuk membina masjid tersebut diperolehi dari Jabatan Agama Islam, Selangor melalui surat bertarikh 30 Julai 2021.

Tapak Masjid

Sungguhpun tapak masjid ini berada di dalam kawasan perumahan Saujana KLIA, kedudukan tapak masjid ini terletak pada lokasi strategik yang menghubungkan laluan dari lapangan terbang antarabangsa KLIA; dan, bersertakan keperluan semasa bilangan besar masyarakat Islam sekeliling pembinaan masjid ini menjadi satu keperluan penting buat seluruh masyarakat Islam secara amnya terutama bagi kawasan perumahan berdekatan seperti Kota Warisan, Warisan Bayu, Warisan Indah, Warisan Puteri, Warisan Bestari, Bandar Serenia dan Sun Suria City antara lainnya. Dalam erti kata lain masjid SKLIA ini bukan sekadar masjid hanya buat warga muslim Saujana KLIA.

Justeru itu, hasrat keseluruhan pembinaan Masjid Awam Saujana KLIA Darul Ehsan adalah berdasarkan visi menjadikan masjid tersebut Satu Mercu Tanda Islam Terbilang Dari Selangor Memasuki Malaysia, dan berpandukan misi agar masjid tersebut menjadi Sebuah Masjid Pintar Yang Semarak Mesra Alam Berpaksikan Ummah, Bercirikan Senibina Tradisi Islam Dan Melayu . Berdasarkan hasrat ini, hebahan umum menjemput pencalonan firma akitek bagi merekabentuk masjid yang diharapkan tersebut dikeluarkan pada 14 September 2019, disusuli surat jemputan berkenaan kepada semua calon firma yang dicalonkan.

Akhirnya, setelah melalui proses berkaitan firma akitek FAA Sdn Bhd bersetuju menerima tawaran berkenaan dan sekaligus bakal mengetuai proses pembinaan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan. Sejarah ringkas aktiviti-aktiviti berkaitan serta maklumat utama buat pengetahuan umum sepanjang tempoh bermula 2019 telah dirakamkan dalam bentuk hebahan umum yang pada asalnya dikeluarkan khusus buat penduduk Saujana KLIA dan kini dimuatnaikkan di sini untuk makluman semua.

Imej satelit kedudukan lokasi masjid yang berada di laluan strategik pintu masuk ke Malaysia. Masjid ini juga bakal berada dalam kedudukan laluan utama ke KLIA daripada Nilai dan Putrajaya. Disamping itu juga, masjid ini berada di kawasan yang banyak dengan perubahan yang baru membangun dengan pesatnya.

Pelan TApak

Diakui oleh Pihak PTG (Pejabat Tanah dan Galian)

Tapak yang dikenalpasti bagi tujuan pembinaan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan berkeluasan dalam 3 (tiga) ekar. Tapak tersebut yang disediakan oleh pemaju perumahan Saujana KLIA iaitu Glomac Bhd telah diwartakan pada 4 May 2021 sebagai tanah rizab untuk tujuan masjid di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Selangor dan diselenggarakan oleh Majlis Agama Islam. Berdasarkan visi dan misi yang dinyatakan di atas, gambaran Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan boleh dilihat di

Pelan Akui bertarikh 11 Jun 2015 yang digunapakai bagi mewartakan Lot 113422 Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan sebagai tapak masjid.

Pelan Cadangan Arkitek

Gambar ini daripada sumber Akitek yang telah dipilih iaitu FAA Sdn Bhd. Gambaran yang diberi tentang pelbagai sudut hadapan, atas, tengah,sisi dan dalam masjid.

Saham Akhirat

Perbadanan Wakaf Selangor telah juga memberi kebenaran, melalui kelulusan bertulis berkuatkuasa 7 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2022, untuk membuat kutipan Wakaf Khas bagi pembinaan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan. Sehubungan itu, sukacita juga dimaklumkan bahawa penderma boleh memohon mendapatkan pelepasan cukai melalui seksyen 44(11)(d) Akta Pelepasan Cukai 1967 dengan menyertakan resit rasmi Perbadanan Wakaf Selangor bagi setiap sumbangan wakaf untuk pembinaan masjid tersebut.

Semua bentuk sumbangan yang diterima akan disalurkan buat pembinaan masjid tersebut, kelengkapannya, serta landskap tapak masjid sehingga semuanya siap digunapakai. Baki selebihnya, jika ada, akan diuruskan mengikut prosidur-prosidur berkenaan yang ditetapkan oleh Perbadanan Wakaf Selangor bagi sumbangan Wakaf Khas. Sehubungan itu, dengan penuh takzimnya tuan-tuan dan puan-puan – dimana jua tuan-tuan dan puan-puan berada – dijemput untuk turut serta menyumbang bagi pembinaan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan sebagai salah satu pelaburan dan saham akhirat tuan-tuan dan puan-puan semua.

Jazāk Allāhu Khayran

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak bagi sumbangan kewangan serta segala bentuk bantuan ke arah pembinaan masjid ini; semoga Allah SWT meredhainya dan memberi setinggi-tinggi ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan semua.

Dengan izinNYA, projek pembinaan masjid ini akan terus diusahakan barisan ahli jawatankuasa penaja pembinaan masjid yang sekaligus merupakan warga Saujana KLIA dan sukarelawan dalam projek pembinaan masjid ini tanpa sebarang kepentingan secara langsung ataupun tidak langsung di dalam projek tersebut.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan laman sesawang Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan ini yang menyaksikan sumbangan besar pelbagai pihak di dalam dan dari luar Saujana KLIA.

Ucapan jutaan terima kasih juga dirakamkan buat semua pihak berkuasa yang telah begitu banyak memudahcarakan pelbagai proses dalam usaha pembinaan masjid ini. Akhir kalam, sumbangan dana tuan-tuan dan puan-puan semua adalah pemangkin dan pemudahcara usaha teguh serta semangat kerjasama semua pihak merealisasikan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan buat semua warga Islam di dalam dan luar Saujana KLIA. Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga kepada semua pihak buat segala bentuk sumbangan dan bantuan yang diberikan!

Hubungi Kami

Kami sentiasa mengalu-alukan pendapat dan komen yang membina. Gunakan borang online di bawah untuk menghubingi kami.