Fri, 05 Dec 2025 | 14 Jumada Al Akhira 1447H 9:15 am

Fri, 05 Dec 2025 | 14 Jumada Al Akhira 1447H 9:15 am

Bagaimana Untuk Membantu Pembinaan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan?

Alhamdulillah, terima kasih di atas keprihatinan tuan/puan untuk turut serta dalam menyokong pembinaan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan. Sesungguhnya, tuan/puan boleh memberikan sumbangan dalam pelbagai bentuk. Antaranya, tuan/puan boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun rasmi masjid. Selain itu, tuan/puan juga boleh memainkan peranan penting dalam memperkenalkan laman sesawang ini kepada keluarga, sahabat handai, dan kenalan tuan/puan bagi memperluaskan sokongan untuk pembinaan masjid ini.

Bagi memudahkan sumbangan, tuan/puan boleh melakukannya secara dalam talian (FPX) melalui laman sesawang kami (https://donation.masjidsaujanaklia.my/) dengan klik pada butang di bawah:

Di laman sesawang sumbangan tersebut, tuan/puan boleh memilih amaun sumbangan yang ingin disalurkan bagi membantu pembinaan Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan.

Setelah itu, tuan/puan akan dibawa terus ke ‘payment gateway’ untuk memudahkan proses sumbangan melalui perbankan dalam talian.

 Atau

Sebagai alternatif, tuan/puan juga boleh membuat sumbangan dengan ‘scan’ QR Kod di bawah untuk menggunakan kemudahan DuitNow QR.

Qr Code Masjid Saujana KLIA

Sumbangan Wakaf – Bank Islam

 

Sumbangan Infaq – Affin Islamic Bank

 Atau

Bagi sumbangan secara manual, pemindahan bank (bank transfer), atau CDM, tuan/puan boleh membuat pembayaran terus ke akaun yang tertera di bawah:

Sumbangan Wakaf
  • Bank: Bank Islam
  • No Akaun: 12261010015841
  • Nama Akaun: Pembinaan Dan Pembangunann Masjid Saujana KLIA
Sumbangan Infaq
  • Bank: Affin Islamic Bank
  • No Akaun: 106620010264
  • Nama Akaun: Infaq Pembinaan Masjid Saujana KLIA

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi pihak masjid di talian +6013-729 6129 (panggilan suara atau WhatsApp).

Pihak Masjid Saujana KLIA Darul Ehsan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan dan sumbangan ikhlas tuan/puan. Pembinaan masjid ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa bantuan daripada tuan/puan semua. Semoga Allah SWT merahmati kehidupan tuan/puan dan mempermudahkan segala urusan. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala bentuk sumbangan dan bantuan yang diberikan.

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ مِمَّا يَلْحَقُ الْمُؤْمِنَ مِنْ عَمَلِهِ وَحَسَنَاتِهِ بَعْدَ مَوْتِهِ عِلْمًا عَلَّمَهُ وَنَشَرَهُ وَوَلَدًا صَالِحًا تَرَكَهُ وَمُصْحَفًا وَرَّثَهُ أَوْ مَسْجِدًا بَنَاهُ أَوْ بَيْتًا لِابْنِ السَّبِيلِ بَنَاهُ أَوْ نَهْرًا أَجْرَاهُ أَوْ صَدَقَةً أَخْرَجَهَا مِنْ مَالِهِ فِي صِحَّتِهِ وَحَيَاتِهِ يَلْحَقُهُ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:

  • Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
  • Anak soleh yang dia tinggalkan.
  • Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
  • Masjid yang dibina.
  • Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
  • Sungai yang dia alirkan.
  • Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.

Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”

Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.